Search This Blog

Friday 23 August 2013

Makna Lambang Pengakap Malaysia

 

img0134

  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:

Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,

Menolong orang setiap masa,

Menurut undang-undang Pengakap.

  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.Pengakap mestilah sentiasa mempertahankan kebenaran dan pengetahuan.
  • Kepala anak panah dan garisan lurus menunjuk ke atas berwarna
    hitam:
  • Melambangkan seseorang Pengakap mestilah sentiasa berada pada arah yang lurus dan betul untuk dilaluinya.

  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  • Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
  • Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
  • Hijau - "Pengakap Muda",
  • Merah - "Pengakap Remaja"
  • Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

image

No comments:

Post a Comment